Thursday 24 April 2014

Cantiknya Pulau Batu Cawan

Gambar by David Ding
Pulau Batu Cawan Sebagai tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut ke muara Mersing. Kawasan Pulau Batu Cawan ini sangat hampir dengan pantai Mersing. Jika anda perhatikan bentuk Pulau ini sangat mirip dengan bentuk cawan dan sejak dari itu pulau ini di beri nama Pulau Batu Cawan..

Pulau batu Cawan  adalah sebuah pulau yang tiada penghuni, bersaiz kecil, sekitar setengah ekar persegi, dipenuhi dengan batu dan karang sahaja. Pulau ini adalah lubuk bagi penggemar aktiviti memancing. Walaupun Pulau ini di penuhi dengan batuan tetapi mempunyai cerita yang menarik di sebalik nama Pulau Batu Cawan..


Cerita ini saya tidak pasti adakah ia dongengan atau pun fakta tetapi rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.

"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk di Orang halus yang tinggal di pulau itu. Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari  gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup... Dan begitu lah kisahnya.."

Walaubangaimanapun, Pulau Batu Cawan ini adalah satu tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat Kami semua memancing... Jom semua yang minat memancing ada port untuk anda hehe..

6 comments:

  1. Cantiknya.. Teringat dulu-dulu duduk tepi pantai tengok pulau ni,, ,

    ReplyDelete
  2. Port untuk memancing.. memang hebat Owesome der!!!!!

    ReplyDelete
  3. Ari tu ade nengok kat fb anak mersing

    ReplyDelete
  4. tempat ni lubuk mancing wa dulu....tapi tempat ni keras skit.....mulut jangan celupar...kelakuan tu biar elok skit.....markas ufo...he he

    ReplyDelete
  5. ader.. batu jer.. tempat pinjam pinggan mangkuk buat kenduri kawin dulu-dulu.. katanye lah

    ReplyDelete
  6. Terima kaseh atas maklumat tuan. Pernah singgah tempat tu sambil makan kat gerai berhampiran. Alangkah elok kalau pengusaha gerai makanan kat situ (dan tempat-tempat lain juga) lebih memberi perhatian untuk meningkatkan tahap kebersihan mereka. Budaya ini memang susah untuk dihayati.

    ReplyDelete