Thursday 24 April 2014

Cantiknya Pulau Batu Cawan

Gambar by David Ding
Pulau Batu Cawan Sebagai tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut ke muara Mersing. Kawasan Pulau Batu Cawan ini sangat hampir dengan pantai Mersing. Jika anda perhatikan bentuk Pulau ini sangat mirip dengan bentuk cawan dan sejak dari itu pulau ini di beri nama Pulau Batu Cawan..

Pulau batu Cawan  adalah sebuah pulau yang tiada penghuni, bersaiz kecil, sekitar setengah ekar persegi, dipenuhi dengan batu dan karang sahaja. Pulau ini adalah lubuk bagi penggemar aktiviti memancing. Walaupun Pulau ini di penuhi dengan batuan tetapi mempunyai cerita yang menarik di sebalik nama Pulau Batu Cawan..


Cerita ini saya tidak pasti adakah ia dongengan atau pun fakta tetapi rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.

"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk di Orang halus yang tinggal di pulau itu. Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari  gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup... Dan begitu lah kisahnya.."

Walaubangaimanapun, Pulau Batu Cawan ini adalah satu tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat Kami semua memancing... Jom semua yang minat memancing ada port untuk anda hehe..

Memperkenalkan Mersing.

Asalamualaikum w.b.t. Sebelum saya mula menulis mengenai segala berita mengenai mersing yang indah permai ini.. saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai sedikit sejarah Mersing ini.
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

Sumber sejarah ini dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mersing