![]() |
Gambar by David Ding |
Pulau batu Cawan adalah sebuah pulau yang tiada penghuni, bersaiz kecil, sekitar setengah ekar persegi, dipenuhi dengan batu dan karang sahaja. Pulau ini adalah lubuk bagi penggemar aktiviti memancing. Walaupun Pulau ini di penuhi dengan batuan tetapi mempunyai cerita yang menarik di sebalik nama Pulau Batu Cawan..
Cerita ini saya tidak pasti adakah ia dongengan atau pun fakta tetapi rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.
"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk di Orang halus yang tinggal di pulau itu. Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup... Dan begitu lah kisahnya.."
Walaubangaimanapun, Pulau Batu Cawan ini adalah satu tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat Kami semua memancing... Jom semua yang minat memancing ada port untuk anda hehe..